free glitter text and family website at FamilyLobby.com

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, December 24, 2010

Tempahan Fara Emelia Baizura , Kebun Bharu.


Salam kasih sayang =)

aii sedapnye nama cikgu yang dok kat kebun bharu ni. baru je datang pick up cuppies ni petang tadi. cikgu ni kire kawan kat FB, order kek pon guna FB. sebab rumah pon dekat area2 sini je. rasanya takde masalah kot nak carik bengkel kite kan cikgu? =) cikgu fara order set 16pcs cupcake utk hantaran sepupunya dengan warna kuning terang, kuning lembut dan coklat. masa masuk bengkel tadi dia sempat cakap nak attend kelas buat roti. memang cikgu kene attend kelas ni sebab roti kite buat spesel, lembut dan gebu macam roti cina. tapi ni orang kita sendiri yang buat. dijamin halal...

ok terima kasih ye fara atas ordernya ni.
kalo puas hati pastikan order lagi ngan kite. =)

Wednesday, December 22, 2010

Baking Class - Pelbagai jenis roti lembut dan gebu.

proses membuat roti.

gambo atas: masing2 leka dan teruja nak menghasilkan roti yang cantik.
gambo bawah kiri: adunan mexico topping / roti boy.
gambo bawah kanan: bergambo dengan roti yang baru keluar dari oven. masih berasap lagi u!

ni le rupanya roti yang sedap lagi gebu tu. doang memang puas belajo buat roti arini sebab 10 jenis aku bagi dengan extra 3 doh suke ati doang le nak buat yang mana. rezeki doang adik beradik. =)

amboi memasing laju je menapau. kene pulak kelas time tengah hujan, seronok la balik rumah dapat minum petang dengan roti panas.

along ngan angah ceria bersama hasil keje masing2.

yang ni hasil keje cikgu yang mengajar. pengalaman "40" thn nih... =) haha!

Salam kasih sayang =)

kelas buat roti yang dijalankan semalam sukses nampaknya dengan kedatangan along dan angah yang merupakan adik beradik dari jenjarom. along (miza) yang pada mulanya dah book awal tarikh untuk kelas cupcake menukar kepada kelas roti. kelas yang bermula pada pukul 2 petang berjalan tanpa masalah sebab kedua2nya ceria dan excited sebab nilah kali pertama doang buat roti. kali ni, aku dengan baik hatinya menawarkan 10 jenis bentuk roti yang boleh dibuat jualan seperti mana aku buat jualan kat luar. miza yang ringan mulut ni banyak ceritanya. aku ada juga bagi cadangan kat mana dia boleh dapatkan equipment seperti oven dan mixer dan bahan2 mentah. kelas tak lama sangat sebab pukul 5.30 ptg dah settle, maknanya kelas berlangsung dengan lancar. cuma masa berhenti rehat agak lama sebab sementara nak menunggu fementation, kitorang juz sembang2 minum air kelapa dan pisang goreng sambil tgk "putera katak". haha.. bole ker? sebaik saja roti dah ready utk dibakar, miza yang memang nak sangat belajar buat roti boy teruja bila aku tunjukkan cara nak hias topping atas roti. sebaik saja roti dibakar (ehh.. rasanya sebelum roti masuk oven lagi, doang berdua dah sebok bergambo2 ngan produk masing2...). tapi yang lepas bakar tu lagi doang seronok dan sempat merasa pizza bunga di kongsi berdua. bila teringat doang seronok gile dapat makan roti yang sedap dan lembut macam tu teringat masa aku mula2 belajar dengan cikgu aku, lisa si chinese indonesian (kelas mahal gile beb, tapi puas ati sebab roti aku paling diingati) punyalah suke aku sebab dapat resepi terbaik yang aku dah lama carik2 selama ni. tq to my mom lah sebab encourage aku kesana. missed that moment!

utk along dan angah.. thx sebab minta di adakan kelas membuat roti ni walaupun pada hari bekerja. kepada yang lain2 minta kelas on weekend, tunggu ye.. class will be running pretty soon. =)

"Luv bug" Car Cake

VW Beetle Cake in Buttercream

Tuesday, December 21, 2010

Happy Bday My Dearest Hubby!



Salam kasih sayang =)

esok bday my hubby. tapi keknya aku dah buat dari semalam lagi takut aku kebizian dan kehilangan mood lebih baik aku buat awal2. tapi yang tak suprisenya dia dah nampak pulak masa aku sebok mendeco kek ni. bau mocha+walnut buatkan dia tak keruan, asik tanya bau apa yang sedap sangat nih. tak semena2 dia nyanyi bday song untuk diri sendiri. then aku usik dia, aku cakaplah kek ni bukan dia punya. cheh! tak makan saman, dia kata kat aku, dia tau kek ni memang untuk dia. yelah2, tapi takleh makan arini ok.. kite makan time bday u nanti. sementara dia tengok tv, aku deco kek jersi arsenal ni sampai siap. sambil mata jeling2 nak tengok rupa keknya ni. hehe.. nakal! ok malam ni tepat pukul 12 kita leh potong kek u ni. i pon dah tak sabo2 nak makan sekali sebab i bikin kek special dari biasa. tu yang terasa nak makan sangat tu.

happy bday hubby! i've few words 4 u darling..happy bday 2 my darling hubby. kepada bakal "abah", semoga u keje kuat utk zuriat kite, semoga bisnez u semakin berkembang dan dapat job besar2 (nak beso aje, yelah aku gak leh tumpang senang..hehe). semoga u terus jadi bestpren n boipren i sampai bile2. may Allah bless us. hanya cangkul & tanah yang memisahkan kita.
on 22 dec (d next day @ 9 pm): Buat jugaklah majlis makan kecik2 untuk hubby aku ni. dewi masakkan char kuew teow dan panggil ucu anak beranak datang makan. kali ni kek untuk hubby aku kecik je sebab orang dalam umah ni dah tak heran makan kek. kek beso gini pon tak habis makan, aku potong2kan untuk ucu bawak balik dan kirimkan jugak untuk c.ida. sedap jugak keknya cuma untuk kitorang sekeluarga dah tak 'lalu' sangat nak makan sebab sumer terer buat kek. hehe

amboi dewi, kemain suke dia nyayikan bday song untuk abg bo. cumel pulak aku tengokkan aksi dia ni.. =) yang eina kemain serius dia tengok abg bo potong kek.

last masa nak potong kek malam tadi aku sempat letakkan wording atas kek.

Tempahan Mira, Jenjarom.


Salam kasih sayang =)

Tempahan mira ni betul2 ikut previous order makciknya, "Tempahan Masnita, Jenjarom". cuma ada sikit pertukaran logo manchester kepada arsenal. tempahan kali ni memang pecah rekod sebab tempahan di pick up seawal pagi 6.30 am kat esso bt 8 pagi tadi, (dah macam aku nak pergi kerja pulak rasanya). dengan aku masih berbaju tido terus anto ke esso sebab mira dah pun berada kat sana. aiii comel betul si mira rupanya. putih gebu dengan baju kebaya merah yang dia pakai nak gi kerja tadi. dia terpaksa amek pagi ni sebab balik kerja dia terus nak celebs bday bfnya. yang aku malam tadi tido macam biasa tapi sebab takut terbabas waktu appoinment, setiap 1 jam aku terjaga. mak ngai! =) dah tu pagi2 terjage pas solat subuh terus le bersiap2 nak ke anto order, sampai mak mertua aku heran awal beno aku nak buat kek katanya. aku cakaplah yang aku kene anto kek kat esso. memang terkejut mak mertua aku tu. baliknya bila aku sampai kat umah, dia ketawakan aku dan aku bergegas naik ke bilik semula sebab misi utama aku memang nak masuk bawah gebor balik... ngeh..ngeh.. =)

Monday, December 20, 2010

Tempahan Ayu, Jalan Mawar, Kg.Sijangkang.









Salam kasih sayang =)

Kedua2 jenis tempahan ini telah ditempah oleh ayu yang aku kenali melalui kenalanku, k.nora port klang. dorang ni opismate, so k.nora dulu penah suggest dia tempah kek dengan aku tapi tak jadi sebab kek yang sepatutnya ayu tempah telah disponsor oleh orang lain. so ayu tidak memungkiri janjinya sebab bila dia nak bertunang nanti dia akan order kek dengan aku. nampaknya camtulah, bila dah sampai time dia ni sampai 2 jenis dia order kat aku dan mintak buat penghantaran ke rumahnya kat jalan mawar. (walaupun duduk satu kampung tapi aku ni jarang merayap, boleh ke tersesat2 jugak nak ke rumah dia tu..hehe..). cerita pasal kek ayu ni, kek hantaran choc.moist 2 kg dengan based purple dan bunga pink. kotak kantaran tu aku belikan tapi dia hiaskan. cantik, memang cantik. simple but nice sebab ada jurai2nya. then cupcake 16pcs pada mulanya ayu nak warna kuning terang tapi akhirnya dia menukar warna merah terang. ayu memang suka warna terang2, design dia serahkan pada ku asalkan tak sama macam customer previous order. senang seklai aku dengan kedua2 tempahan ini, selain tyak cerewet dan bagi full payment lagi lajulah idea aku keluar. a bit special about order kali ini. meriah betul hantaran yang ayu bg ke pihak lelaki... 21 dulang! fuhhhhh... tunggu pulak wedding cake ayu, ayu nak 7 tingkat pulak. kalo jadi, memang pecah rekod, sebab setakat ni kek kawen aku yang 5 tingkat dulu belom sape berani lawan. hehehe..... 

thx so much ayu!

Tempahan Zari, Taman Desawira.

Salam kasih sayang =)

wah2 adik aku ni si ayie, lepas satu tempat ke satu tempat lain perginya. sumer ni gara2 nak melobi kek pisang aku ni. kali ni dia order lagi 4 bijik kek pisang untuk dibawa ke kedah. lagi pun dalam banyak2 kek aku nilah yang paling murah. pasal tu dia suke sangat order kek pisang ni selain tahan seminggu hingga ke 2.
ok thx so much!

Tempahan K.Hazat, Jalan Selasih, Kg. Sijangkang.





Salam kasih sayang =)

K.Hazat order cupcake ni lagi awal drpd customer2 lain, 3 bulan awal rasanya ada kot. dari warna merah+pink+putih bertukar menjadi  biru turqoise+putih. sepanjang2 tempoh tu K.Hazat wat installment melalui adik iparku, Ena sebab dorang ni satu opis. Pagi ahad lepas, kebetulan aku tgh mendeco kek ct, Hakim (yang bakal bertunang) datang pick up tempahan kakaknye ni dengan buat bayaran terakhir. cuma dia pelik, dia ingatkan cupcakenya saiz L, sekali dapat saiz M. aku cakap kat dia kalo beso, lain harganya. lalu dia tersenyum aje.

Tempahan Fitri, Kajang.


Salam kasih sayang =)

Tempahan Fitri sebanyak 100 pcs teddy bear cookies ni untuk opis matenya yang mintak dibuatkan 50 pcs warna kelabu dan 50pcs warna pink. tempahan dibuat seawal2nya tapi Fitri pick up pada ahad lepas. Alhamdulillah, keje siap on time cuma aku macam terover baked aje glaze aisingnya sampai nampak macam agak burned,ikutkan aku macam nak buat balik tapi my hubby kata ok je. Ni lah jadinya kalo keje buat asik bertangguh, bile dah sampai due date aku lak yang kelam kabut nak siapkan order. sebab ada minggu yang terbanyak keje, aku tak cukup rehat dan jatuh sakit. Sebenarnya cookies tu ok cuma aku je cerewet, kan aku memang suke bagi yang terbaik untuk cuntomer =)

Sunday, December 19, 2010

Happy B'day Mom!



 wajah2 ceria my mom masa nak potong kek.
aku suke la mak happy macam ni, kan bagus nampak makin muda. 
tapi kat gambo ni nampak kek ni cam beso giler kan...

e'eh.. seronoknyer mak dapat pegang pisau kek.
dah kenapa tu yer?
 haa kan! sekali omak berdiri terus nampak kek ni kecik.
 ngeh2 =)
happy 52nd b'day mom...!

(kitorang adik beradik terlepas nak sambut jubli emas mak time 50thn dulu..kesiannya mak!)
private party ni pon rancang dlm seminggu je, share2 la bajet ngan adik beradik nak menjayakan party ni. as usual, aku sponsor kek la.. kek ni di adaptasikan dari clip video yang aku tgk kat youtube macam yg aku upload kat bawah ni. tertarik sungguh aku dengan warna yang minah salih tu buat dlm video dia. saje nak buat mak suke2 sebab rasanya mak dah lama tak buat pape untuk b'day dia. sumer org kat umah nenek tadi nampak ceria n having fun. walaupun arini aku betul2 dah macam indiana jones, kire adventure jugaklah nak mengadakan majlis ni. dari kat ruma tergesa2 nak siapkan kek ct, tunggu customer pick up kek, gi klang carik barang, patah balik ke sijangkang n amek sate sekali sampai sana sate baru nak dicucuk (maknanya tak siap lagi la tu. beb, mentah2 belom dibakar lagi tau sedangkan event ni dlm 1 jam lagi tu. kelams sekejap duniaku...). pastu aku blah amek mak aku g kenduri kat olak lempit pulak. punya panjang daa citernye. mana aku tak kata diri aku macam indiana jones. n another story, nak menangani adik aku yang moodnye berubah2 sebab tak jumpa rumah yang betul untuk pick up sate. janganlah marah beb, kakak ko ni tengah mengandung. nak tak nak terpaksa pecah rahsia gak la ngan mak aku sebab aku kene amek sendiri burasak yang aku order tu kat brooklands. dalam keta, mak aku tak sudah2 bertanya, majlis apa, bile ko order, nak makan kat mana. ahai!! kene citer A-Z la ngan mak aku ni, if not sepanjang perjalanan aku pening kepala ngan soklan2 dia ni selagi aku tgak jwb. sesampai je kat umah, kakak n makcik2 aku dah prepare benda2 sumer kat atas meja. tinggal bday gal ni la nak potong keknye. aku tengok kek aku yang cantik ni dah tak berapa cantik bila bunganya terhempap dek penutup kotak kek. aiii betullah la adik aku nih... ada2 je ngan dia nak spoilkan hari aku. then sesudah wish everything, tiba le merasa makanan sumer. ohw no! burasak tak sesedap yang penah aku makan, kurang power rasanya. memang buat aku frust. then kuah satenye pulak dah macam kuah rojak. kurang flavor, pon tak sama n tak sedap macam yang aku selalu makan. alahai! dah apo kono la arini. penat..penat..penat... macam sumer tak menjadi.. ke aku yang fussy sgt? but last2 pon hampir habis gaklah sumer makanan kecuali kek bday mak ni. sumer dah kekenyangan, x larat nak makan kek. budak2 pemakan kek ramai pulak yang tak balik kg. kek punya cantik punya sedap camni korang tak merasa. atas tu dah le perisa pandan, bawah pulak choc lapis vanilla. last2 memasing tapau bawak balik. itulah citernya seharian ala2 indiana jones. huuuhhh!

Happy B'day CT!

Salam Kasih Sayang =)





Thx to ct sebab datang dari Cheras ke umah atok kat Seri Cheeding petang tadi untuk sama2 celebs b'day my mom. Kebetulan semalam dia msg aku, aku terus cerita nak buat b'day party utk mak n request dia datang without failed, plz fulfill permintaan mak buyung ni. ngeh2... nampaknya dia tak menghampakan aku bila ada sama2 ke party mak ni. sebab.. aku ada suprise untuk dia. nasib baik dia datang, if not aku gak le kene anto g opis dia nanti. actually b'day dia ni on 21st Dec, alang2 buat kek mak, aku buatkan kek dia sekali. keknya aku buatkan cheese butter cake yang resepinya aku dapat melalui buku. ni my 1st time aku buat purse cake. juz pakai ready made fondant, thatz why nampak shining sket. agaknye kalo aku buat pakai home made fondant yang macam k.baini ajar sure kemas+cantik. aku dalam keadaan strez gak nak buat purse cake ni. mula2 fikir nak buat pakai butter cream aje sebab nak cepat but at the same time fikir nak pakai gak fondant macam dalam video clip yang aku tgk kat youtube cam kat bawah ni. last sekali layan fondant gak. walaupun tak kemas sangat fondant work aku yang ini, tapi cukup puas ati sebab try n error je. Jangan mare, ada brand Channel lagi. (ni bag pirate from petaling street punya a.k.a PS Boutique..kuank2).
but next time memang nak buat yang secantik signiture handbag my sister teacher, k.baini. Dia punya lagi nampak real, cam boutique punya. huhu... someday, memang kene g menuntut gak ngan k.baini.

happy b'day 2 ct my sweet best fren.
semoga impian terlaksana dan dipercepatkan jodohnya ye.
amin...

Tuesday, December 14, 2010

Tempahan K.Dayah, Telok Panglima Garang.






Salam kasih sayang :)

pertama kali aku dapat order dan buat kek kahwin 4 segi macam ni. selalunya tu bertingkat2 tapi kali ni tempahan dari pengusaha katering ni memang berlainan dari kebiasaan aku. k.dayah yang datang dengan bawa deposit sekali mintak aku buatkan kek 4 segi panjang camni supayan senang nak potong katanya. kek ni besar dan agak panjang menyukarkan aku untuk mencari kotak yang bersesuai, last sekali aku pakai jugak hardbox yang sama ukuran dengan papannya terpaksa la koyakkan sikit tepi kotak tu untuk memuatkan kek masuk ke dalam kotaknya. kek kahwin ini hadiah daripada mereka sekeluarga untuk sepupu sempena perkahwinan yang berlangsung. kek ni di pick up oleh sarah, adik k.dayah yang dah lama sangat aku tak jumpa since form 1 dulu. nampaknya bila k.dayah tgk kek ni, dia teruja sangat sebab extra ordinary daripada kek kahwin yang selalu aku buat. aku happy sebab k.dayah antara pelanggan yang paling senang buat bayaran dan dia tak banyak songeh. aku paling senang hati bile dapat berurusan dengan customer macam ni.

tq ye k.dayah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...