free glitter text and family website at FamilyLobby.com

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, February 23, 2011

Kek Harijadi Paris Hilton kena rembat!

Salam kasih sayang =)

Semalam belek2 Kosmo tetiba terpandangkan cerita kek Paris Hilton kena curik dek dj yang dibayo untuk menghiburkan tetamu di majlis harijadinya. si dj ni siap cerita kek curik yang dia makan tu punyalah sedap dan siap upload pic kek hasil curiannya tu dalam FB dia. ha, boleh ker? free2 je ko kene saman ngan si Paris Hilton nanti. terkejut gak dengan nilai kek ni. Hamekaw! kemain mahal kek dia ni, kalo convert duit kite RM 10K++! erm, teringin jugak aku nak jual kek semahal ni.

ada saper berani order? =)

Saturday, February 19, 2011

Tempahan K.Linda, Bukit Tinggi.




Salam kasih sayang =)

kek upin ipin yang comel ni ditempah oleh kakaknya ery, k.linda. masa order ni ery yang tolong orderkan. kek diambil sehari awal sebab k.linda sebenarnya nak datang melawat bengkel aku petang sabtu lepas, tapi alang2 dia nak datang dan aku pon takmau menyusahkan dia berulang alik, aku segerakan keje2 mendeco. order pagi, petang tu dah siap dah. majlis bday anak k.linda dibuat pada hari ahadnya. Ery kata keknya cantik. masa aku deco kek ni memang tengah ada mood. laju je siapnya. aku pon mmg suke dengan warna2 yang aku gunakan untuk kek ni. ceria pulak rasanya, maklumlah bila tengok upin ipin tetiba jadi hati jadi senang. rasa gumbira tak semena2. sebenarnya aku teringin nak bergambo ngan maskot upin ipin & the gang. harap2 1 hari nanti aku dapatlah realisasikan golden dream aku ni. ngeh2...

Tempahan Haizan, Shah Alam.




Tempahan Adeq, Kg. Sijangkang.



Salam kasih sayang...

Tempahan last minute dari adiknye Ijul Rowi (kawan hubby), lupa nak tanya nama penuh dia apa. hehe... dia nak cupcake kaler ijau pink untuk b'day kawannya. disebab dapat order tetiba ni, idea aku tak berapa nak keluar. so untuk b'day boy, deconya so fancy.. cam nak bagi b'day gal pulak. anyhow, Adeq x kisah pon... dia datang pick sendiri kat umah, wah tinggi lampai orangnya. jarang2 jumpa customer tinggi cam aku gak... so aku gelarkan "hari bertemu pelanggan tinggi". =) jarang2 berlaku taw.

Thursday, February 17, 2011

Tempahan Diela, Bangi.




Salam kasih sayang =)

Diela telah menempah set cupcake saiz L / 25 pcs sempena babynya yang genap sebulan dengan tema baby stuff.  kebetulan dia nak habiskan token bermalam kat sana bersama familynya, tempahan dihantar terus ke hotel cyberview lodge di cyberjaya.

testimoni :
salam.. erm..sdp.. sume owg suke..thankz kak.. nnt diela oder lg..

tenkiu diela. i guess u really had a sweet moment masa menginap kat sana tu ye. =)

Monday, February 14, 2011

Baking Class - 2 tiers Decoration Cakes

k.rosnah keje dia leh tahan gak. laju tak pandnag kiri kanan. tau2 dah siap je.

tengok Ada, asal aku snap pic dia.. mesti tengah bancuh krim. =) sampai cair krim tu dibuatnye.

aktiviti dalam kelas sampai kek siap dideco sepenuhnya.

sebelum balik,  bagi doang keje sket, sempat lagi buat choc.ball. reja2 kek jangan dibuang, ni pon bole dibuat duit lagi ni. =)

hasil keje Ada dengan pilihan warna choc + pink yang agak adorable. kejenya agak slow + steady tapi kemas dan teliti.

hasil keje k.rosnah dengan pilihan warnanya putih dan kuning. boleh tahan gak keje k.rosnah, kemain laju dia mendeco. pengalaman 40 thn la katakan yer.. hehehe.  
Salam kasih sayang =)

kelas deco 2 tingkat yang berlangsung ahad lepas nampak berjaya sebab kedua2 peserta agak mahir dari segi deco, cuma penguasaan bunga masih belum dapat sepenuhnya.  k.rosnah dan Ada rajin2 kene praktis selalu sebab masing2 dah hampir dapat step buat bunga ros tu. seronok mengajar k.ros dan Ada sebab masing2 teruja nak buat kek 2 tingkat ni mengikut style wedding cake yang aku pernah buat selama ni, dengan rujukan buku katalog yang aku print dulu, masing2 memilih pattern yang diinginkan. ini kelas pertama yang dijalankan atas permintaan Ada, alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar pada hari tersebut. sebelum balik, aku bagi doang keje sket, buat choc.ball sebelum balik. huhu.....

tenkiu sumer orang!
harap lepas ni terus ada order masuk ye... =)

testimoni :
Ada : Tq ye. sgt brpuas hati. Abg n anak2 kata cantik n sdap keknya. lembut. 

Tempahan Iza, Jugra


Salam kasih sayang =)

Iza sekali lagi buat repeat order creme puff. kali ni iza share ngan besh prennya iza hairunizah. nampaknya dua2 iza ni memang puas hati. dorang banyak bagi komen positif untuk creme puff ni. thx so much for both of u. sayang korang... =)

testimoni :
iza : kitaorg share sis....sedap la.....puas hati makan...
iza hairunizah :  kaK ju mmg sedap laaa creme puff nie....iza ade mtk tolong bterfly iza 2 orderkn lg....ermmmmm arini dpt laaaaa...x sabo tnggu nie...

Tempahan K.Iffa, Kg.Medan.



Salam kasih sayang =)

K.Iffa buat repeat order, tapi kali ni senang je decorationnya, tajuk bebas. huhu.. sonang keje mak! dia kata suka hatilah nak lukis apa janji juz untuk happy2. cuma untuk tempahan kali ni dia request aisin tu bagi manis lagi. adoyaiii, hubby dia suka cupcake manis. so aku buatkan aising tu manis lebih sket la. sket je, takleh lebih2 kak.. bahayeee! cupcake ni untuk hubby k.iffa, dia cuma dapat seketoi aje.. yang lain hubby dia habiskan.... mekaseh abang, sebab suke makan cupcakes. nanti leh order banyak2 lagi ngan kite ye... ngeh2.

tq k.iffa + hubby =)

Tempahan Najlaa Aishah, Taman Sijangkang Jaya.







Salam kasih sayang =)

teman di FB ni dah buat tempahan awal2 lagi untuk 2 set cuppies ni. pilihannya choc.moist, 1 untuk hantaran abang dan 1 lagi untuk besday. yang untuk hantaran ikut pattern previous order dengan tema hijau hitam cuma aku tak lebihkan kat hitam sebab takmau nampak golap sangat, so more on hijau. untuk besday pulak, najlaa mintak buatkan garden themed yang melibatkan aku dengan ladybird sekali lagi. urusan pengambilan dan bayaran dibuat oleh kakak najlaa.

tq najlaa n kakaknya
tahniah untuk abg najlaa diatas pertunangan =)

Tempahan Mas, Sg.Udang, Klang.




Salam kasih sayang =)

Masa mas perkenalkan diri memang susah nak recognize dia pasal dah lama tak dengo citer dia ni tapi bila dia datang pick up kek kat umah, dah kompem benarlah mas yang dok kat klang aku ingat2 lupa tu... hihi... rupanya mas pregnant 4 bulan, teringin nak makan choc.moist untuk besday anaknya. dulu dia pernah order kek ngan aku tapi disebabkan ordernya suntuk sangat aku tak sempat nak buat garnache, aku suggest butter cream aje untuk topping. lepas proceed, aku pon on ler dengan deco garden themed. ntah nape aku akhir2 ni rajin sangat nak buat benda2 berkaitan ngan ladybird. agaknya sebab tiap kali order, mesti ada yang nak letak ladybird. masa mas tengok kek ni dia suka sangat. memang selayaknya untuk besday boy... paling aku suke wodingnya "ADIB DAH 3 TAHUN". =)

happy bday adib!
thx mas..

Tempahan K.Ct Zack, Kg. Sijangkang.




Salam kasih sayang =)

Dapat order express dari k.ct.zack. order dalam pukul 4 petang dan pick up dalam pukul 6 petang. kebetulan ada lebihan cupcake bolehlah deco terus. tapi orang lain cuba jangan buat ye. kelam kabut aku dibuatnya nanti. cupcake nak tema ladybird dengan warna pink, putih dan hitam. last sebelum dia balik, sempat dia grab cookies 1 bekas.

tenkiu k.ct zack... =)

Monday, February 7, 2011

Tempahan My Mom, Taman Desawira.





Salam kasih sayang =)
sebenarnya mak tak order, tapi dia orang pertama yang aku carik buyer untuk extras yang ada ni. so kebetulan mak nak balik umah nenek, dia pun tengah tercarik2 buah tangan n suddently aku call offer benda ni dia pun amek ler. selamat.. belen cheese tart aku n hubby bawak gi berkelah a.k.a berchenta / berdating kat morib. huhu...

cheese tart (L) - 5 pcs
creme puff - 15 pcs

testimoni :
nenek suke creme puff... sedap sampai makan 2 bijik terus.

my granny kurang selera makan, tapi bila dia makan creme puff buatan cucunya ni dia suka sangat n berselera. =)
 tq nenek.. i like...!

Sunday, February 6, 2011

Tempahan Iza, Banting.

cheese tart yang baru je dikeluarkan dari oven

packaging untuk 100 pcs cheese tart. ready 2 delivery..

creme puff dengan isian kastard jagung


Salam kasih sayang =)

Tempahan iza untuk majlis harijadi anak buahnya di KFC Banting semalam.

Creme Puff - 50 pcs
mini cheese tart - 10tq iza!

testimoni : 
 nyum2...sedap sis...puff pun sedap...suka3

Saturday, February 5, 2011

Tempahan Sue, Kebun Bharu.

Choc.moist cake yang sarat dengan roses merah dan kuning.



3 pattern cupcakes tema merah + kuning



aku + pengantin
Salam kasih sayang =)
aku tak tau camne sue bole terfikir nak pakai kaler merah kuning ni untuk tema weddingnya. biasanya merah kuning sinonim ngan kaler bendera Selangor dan dalam pada masa yang sama aku rasa dia nak adaptasikan kaler sempena Chinese New Year. merah tu kan kaler angpow.. nilah 1st time layan merah kuning selama aku meniaga ni, kira warnanya biasa tapi lain dari yang lain. salut kat sue lah sbg anak selangor ko pilih kaler ni tuk wedding ko. =) sue ni sedara sebelah mak mertua aku, masa dia nak order kek kawen ni dulu, dia dapat tau dari adik ipar aku Badawi yang tusyen sama dia tahun lepas.

untuk sue dan pasangan, selamat pengantin baru.
semoga bahagia hingga ke anak cucu
kalo gaduh2 sket tu biasalah, sedangkan lidah lagikan tergeget.
kan sue kan... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...