free glitter text and family website at FamilyLobby.com

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, March 15, 2011

Announcement..

ops...!

sekali lagi yer terjadi kepada diriku yang sangat excited nak kongsi cerita kek dan cupcake kat blog ni. ramai yang bertanyakan kenapa saya dah berhenti upload gambo2 tempahan customer yang terbaru. ini kerana bukan saya kebizian atau saya dalam kemalasan untuk mengemaskini blog ni tapi sekali lagi saya telah mencapai kuota gambo yang dibenarkan untuk upload. alahai! sama je ceritanya kat blog lama. bezanya kat blog lama saya berjaya gunakan hampir setahun, tapi tidak kepada blog baru ni, tak sampai 3,4 bulan saya gunakan, semua kuota telah habis dipakai. so saya assumed gambo2 yang saya gunakan dlm skala besar menjadi sebab musabab utama saya akan mengakhiri episod mengupload gambo2 terbaru. kepada sesiapa  yang rajin menyinggah / menskodeng blog saya, teruskan minat korang bersama saya di FB saya (Julaiha Tariman) sebab cuma kat sana je saya akan meneruskan usaha untuk melaporkan yang terkini pasal kerja2 baking saya. sekiranya saya rajin dan tergerak untuk membangunkan blog baru, nantikan dalam "tokeiroti3" akan datang. once again, dapatkan maklumat terkini dalam FB saya yer. thx so much.

Sunday, March 6, 2011

Tempahan Ain, Kg. Sri Cheeding, Banting.



Salam kasih sayang =)

Ain order cupcake ni sempena besday boifrennya dengan tema fishing. sebelum ni dia pernah order 2 set cupcake hantaran, cuma gambo cupcake tu aku terlupa nak snap. tempahan kali ni aku siapkan agak laju sebab dalam pukul 6 petang dia nak pick up, pukul 4 tu aku masih kat luar rumah, dengan cupcake yang belum dideco lagi. dengan sedikit rujukan, aku siapkan selaju yang boleh sebelum ain datang. so, untuk tema fishing ni amat seswailah untuk boiprennya yang kaki pancing tu. =)

tenkiu ain.

Tuesday, March 1, 2011

Tempahan Acik Razimah, Jalan Jambu, Kg. Medan.

Salam kasih sayang =)

jarang sekali dapat tempahan kek buah bakar ni. aku tak pernah realise yang kek ni sedap sangat sampailah diberitahu kawan yang pernah order dulu. bila aku buat uji rasa memang kek ni antara yang tersedap aku penah makan. tak manis sangat, mewah dengan mix fruit. cantik keknya, buah tak jatuh. elok terletak je. masa bagi harga tu tak perasan barang2 dah naik. wah.. butter skang ni kemain mahal. bila kira kos balik, dah mahal jugak nak jual kek ni. tapi rasanya untuk customer aku yang tak fussy, dorang bayo je janji kek yang ditempah sedap dan puas ati makan. kek ni boleh tahan hingga 6 bulan lamanya kalo sim pan dalam fridge.

ok untuk acik razimah + hubby. enjoy ur fruit cake ya.
sebelum ni dorang berdua order 2 kg butter cake untuk kenduri.
tapi aku terlupa nak snap pix, tu yang tak dapat nak masukkan dalam entry blog ni.
butter cake plain pon sedap juga tau. memang seswai tuk kenduri.
time kaseh banyak2 =)

Tempahan My Mom, Taman Desawira.


Salam kasih sayang =)

creme puff ni dibuat selaju lipas kudung, sebab nak kejo masa nak gi kenduri pukul 2 petangnya. cadang pagi ahad lepas anto kek k.dayah kat umah dia, ingat nak lepak2 kejap kat kedai mak. borak 2 jam. dah mak ngajak gi umah mak mizah, (mak sedara aku yang sogeh tu.. sogeh tu dalam bahasa jawa means kaya raya yang tuan2 n puan2). dalam dok borak2 tu, tetiba mulut aku ni tercakap bila agaknya aku leh buat creme puff nenek. ha, time tu mak suh buat creme puff, sekali buat dapat 60 bijik. so, mak bahagi2kan antara dia, mak mizah, nenek dan kakak aku. tu yang aku terus beli2 barang2 nak buat creme puff kat kedai mak.
nenek aku dah pesan kalo ada orang order creme puff dia nak 20 ketoi. nak tunggu orang order tah bila, suh kite pon kalo leh takmau la lengah2. tu yang mak suh buat terus. nenek aku ni dah teringin nak makan sangat creme puff yang aku buat. aritu mak beli tapi nenek dapat makan 2 ketoi je, karang cucu2 kecik len pon nak jugak.manalah puas kan, benda sedap ni kite kena makan banyak2 sampai kenyang.  nenek aku ni kalo ada, memang sumer dia nak sharing. tulah dia nenekku yang comel dan baik ati. ermm.. cayang kat nenek! Semoga atok nenek panjang umur, sempat tengok cicit sulung dia ni. aku pon dah nak bersalin lagi 5 minggu ni, perghh menunggu dengan debarnya. last week masa jumpa doang kat kampung rasa sedih lak bila atok cakap dia pon dah tak mintak apa2 lagi, dapat tengok cicit dia ni pon alhamdullilah. tok, jangan cakap camtu. sedih kitorang taw.. ='(

ok. pas balik dari kenduri, creme puff tu passing je kat kakak aku. ikutkan mak dia nak nyinggah tengok nenek tapi dah petang sangat sebab bawak mak buyung ni yang takleh kat luar lebih dari waktu maghrib, kene kuarantin kat umah. hehe....

ok tenkiu everybody. mak dan adik beradik. sayang korang sumer!

Tempahan K.Dayah, Telok Panglima Garang.

gabungan 2 jenis design untuk top tier. my hubby yang susun, sebab aku mintak pendapat dia lawa ke tidak kek yang aku dah buat ni. pas bagi pendapat, dia rasa elok gabungkan dua2 design supaya tak nampak serabut sangat.

design asal semua nak pakai jenis ni tapi rasa cam serabut sangat pulak sehingga menenggelamkan penampilan kek yg kat bawahnya.

k.dayah beli extra cuppies. design yang ni simple je,paling best bunganya boleh dimakan sekali.

2nd tier : kombinasi 2 kaler, bunga biru dan purple lembut.

3rd tier : semua pakai bunga biru sahaja.


Salam kasih sayang =)

kek fondant 3 tiers yang ditempah oleh K.dayah untuk majlis perkahwinan kat shah alam. kek mengikut attachment yang dibawakan bersama cuma tak dapat la nak ikut bulat2 sebab my signiture still there. aku puas ati buat kek ni sebab kemas dan bersih dengan design yang cukup simple. idea nak letak cupcake tu idea k.dayah sebab ngam2 ikut bajet kek. anyway thx k.dayah 4 ur order. harap k.dayah dan tuan rumah majlis berpuas ati dengan hasil kerja aku ni.

Tempahan Ada, Jalan Kebun.

Salam kasih sayang =)

Choc.moist yang ditempah untuk buat makan bersama keluarganya. Dia kata malas nak buat walaupun reti buat sebenarnya, so order terus ngan aku. petang tu dia pick up sendiri kat umah dengan ditemani hubby n anak2nya.
TQ Ada... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...