free glitter text and family website at FamilyLobby.com

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 8, 2011

Baking Class 2 - Pelbagai jenis roti lembut dan gebu..

 as usual, scalling n rounding process take 1st part. masing2 masih "keras tangan" lagi nak mengetatkan doh. 1st time buat memang camni, kalo selalu buat roti, sure pejam mata leh buat. siap pakai dua2 belah tangan lagi nanti! proses mengetatkan doh ni antara yang terpenting untuk memastikan roti kite naik cantik nanti.

time ni doh roti semuanya dah dibentuk menjadi macam2 jenis. dorang ni sumer tengah mendeco buns dengan pelbagai jenis topping dan hiasan yang bersuaian dengan jenisnya. time ni jugaklah kalo nak letak sos ke mayonaise lebih boleh le letak. ikut suke.... =)

roti yang telah siap dibakar. kali ini tray memasing ada nama, karang dah buat cantik2 tertukar pulak ngan kawan sebelah.. hehe...
kiri atas : K.Sadariah Othman
kanan atas : Dilla Molkan
kiri bawah : C.Mala
kanan bawah : hasil keje sumer orang.

menggayakan hasil kerja tangan masing2.
kiri : K.Sadariah dan anaknya yg sambil buat sign "best", sblh tgn lagi pegang roti yg hampir habis dimakan.cian dia terselit tepi mak dia. hehe.
kanan : Dilla yang keberatan nak bergambo, akhirnya lepas dipaksa mengalah jugak. tengoklah punya serius dia pegang kotak yang berisi penuh dengan roti tu. hehe..

kiri : C.Mala ni camera shy, malu2 kucing nak pandang kamera. berapa kali snap amek gambo dia aje.. =)
kanan : cikgu pon buat roti sekali. dapat 2 tray lagi. bukan apa, orang dalam rumah dah "order". hik2.. pas abis kelas je, bawak tray gi dapur, kejap dah abis. adik2 sumer suka dapat makan roti panas2.

buah tangan untuk Fatin n Harith bawak balik. makan le korang berdua dalam keta tu, rasanya memang tak sempat bawak balik kot. haha! sedap lagi dapat makan yang panas2... rasanya sesape yang dah tau buat roti, dah tak pandang lagi roti sejuk, huhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...