free glitter text and family website at FamilyLobby.com

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, January 31, 2011

Tempahan K.Iffa, Kg. Medan.


Salam kasih sayang =)

k.iffa ni kawan 1 sekolah dulu, masa dia call aku untuk menempah cuppies ni, dia kata aku kenal dia. bila dia perkenalkan dirinya, senang je aku nak recall sebab banyak aktiviti persatuan yang kitorang pernah jadi ahli bersama. Tempahan k.iffa ini mengikut pattern previous order cuma tukar kaler je menjadi merah ang pow sempena Chinese New Year. huhu... k.iffa pick up sendiri kat bengkel lepas balik keje semalam. nasib baik sempat snap few pix. tak sangka pulak k.iffa nak amek awal dari waktu yang dijanjikan. kebetulan sampai awal katanya, malas nak balik umah, so singgah terus ke bengkel aku ni. nampaknya k.iffa suka kaler merah ang pow yang aku buat ni. yeyeh!

thx so much k.iffa.
hope u enjoy these cuppies... =)
muagh!

Saturday, January 29, 2011

Tempahan Masnita, Jenjarom.

comel kan.. ada ladybird.. last minit letak sebab tetiba rasa nak letak sepasang ladybird kat situ.


spiral kuning + putih

spiral putih


waaa.. sungguh 'beso' aku kat gambo ni. pengantin yang kecik molek jadi nampak makin separuh dr saiz aku. ha, sape nk jawab tu? berbadan dua la katakan. memang aku saje menggemogkan badan. sebab aku memang suke jadi gemog... ngeh2.

pix bakal mommy n abah.... amek gambo sementara ujan reda sambil mendengar nyanyian karaoke abang2 yang melayan lagu dangdut. seb baik sore sedap2 belaka. maknanya bukanlah punca kepada turunnya ujan lebat tadi tu. huhu...

Salam kasih sayang =)

kenduri masnita nampaknya bermula dengan ujan renyai2. tak berapa nampak matahari nak keluar. aku n hubby keluar rumah tadi pon memang time ujan tengah turun baik punya. karang lambat2 takut makin lebat. sampai umah mas, meja kek tak ready lagi. jalan pon memang lecah, aku jalan pelan2 takut sleepery. isk! takut beb.. sebab kan aku lagi mengandung ni. sementara nak tunggu meja kek datang, aku n hubby melepak kejap. bile meja dah sampai aku n hubby pon start menyusun kek n cupcakes. tapi tak best pulak bile kek yang atas tu, bunganya terpenyek sket. salah aku tadi, susun kotak kek bersilang. terlupa yang bunga kat tengah tu tertinggi sket. time makan tadi, dah aku mula susah ati sebab kek jadi cam x tercacat sket. actually small matter je, dah bagitau pon kat mas pasal bunga ros terpenyek sket tu. seb baik mas tak kisah. baiknya ati ko mas, sayang kat ko! huhu... pas bergambo ngan mas kat bilik, kitorang pon berangkat pulang.

terima kasih banyak2 mas atas semua tempahan yang dibuat beserta deposit dan menjelaskan bakinya awal2. seronok rasanya dapat customer macam mas ni. segala2nya jadi mudah dan terurus sebab orangnya tak cerewet. 
selamat pengantin baru masnita + zaidi.
cantik kad pengantin korang.
comel yang kreatif!
k.jue suke..... =)

Tempahan Yun, Semenyih.



Salam kasih sayang =)

kek choc.moist ni tempahan hashim si tokei cili untuk besday mom dia tapi di order oleh yun yang pernah order cupcake tema cili untuk buah hatinya dulu tu. ingat lagi tak? kalo tak ingat klik kat label "cuppies" carik sediri k.. hehe... tempahannya 3 hari lepas, tu pon masa aku tengah shopping barang untuk tempahan kek hantaran next week ni. yun mintak buatkan kek ni siap dengan full payment ke account aku. kek dah anto pagi tadi sebelum bertolak ke umah masnita.

happy birthday to b'day mom...
tq to hashim n yun untuk tempahan kek ni ye.

Friday, January 28, 2011

Tempahan Masnita, Jenjarom.

bear cookies kaler putih ni cantik jugak bile dah banyak2 camni.

bear cookies kaler kuning gading yang di adaptasikan dari MINI COOPER's color series.

merah itu cinta. "MZ" looks outstanding in tiz color!

antara warna2 cookies yang menarik pada pandangan mata aku.
Salam kasih sayang =)

love cookies = 100 pcs
color campur2 tapi more on pink color.

bear cookies = 200 pcs
putih + kuning 

both stick cookies untuk goodie bag pengantin. delivery sehari awal sebelum majlis nikah.

Wednesday, January 26, 2011

Tempahan K.Juli, Bandar Botanik.

cupcake dengan tema golf


bila ada mood benda yang susah jadi senang. siap cepat pulak tu. surprising!

6 pcs of colorful jumbo love

2 set order. cookies dah susun dalam kotak putih merah tu. rasa cam comel je ghupernya. i likee! =)
Salam kasih sayang =)

K.Juli teman di FB telah menempah cupcake fondant ni untuk b'day hubbynya lebih kurang 2 minggu awal beserta full payment. selain itu dia juga order fancy cookies dengan warna2 ceria yang colorful. design terserah padaku janji cantik. masa pick up order kat bengkel, dia datang dengan 2 orang anaknya. but the best thing is, k.juli bawak keta idamanku... MINI COOPER. apa lagi aku punya suka siap bergambo dengan keta barunya tu. bertuah badan, hadiah dari hubby terchenta. waaa... jealous mak! =) rezeki k.juli la tu. bila tengok keta MINI dah depan mata, aku rasa nak sebijik camtu gak. sempit pon sempitlah! janji aku ada satu. amin..

Tempahan Nadia Ali, Johor Bahru.



Sunday, January 16, 2011

Tempahan K.Zaima, Kebun Bharu.

roasted walnut yang dincang dulu sebelum di blend bersama krim kopi yang cedap..



Salam kasih sayang =)

kek ni ditempah oleh k.zaima (regular customer) dengan pesanan penajanya, harga tak kesah sebab dia tak cerewet janji kek cantik dan sodap! wah! senang keje makcik.... =) akhirnya aku memilih kek kopi walnut yang aku rasa sedap giler sebab kek ni aku penah buat untuk birthday my hubby dulu. dihiasi dengan coklat garnache dan whole walnut diatasnya. keknya k.zaima pick up sendiri di kedai mak aku. ternyata dia sangat2 berpuas hati dengan tempahannya ini.

tq k.zaima.
happy bday 2 dad n daughter... =)
semoga panjang umur dan dimewahkan dengan rezeki. amin..

Tempahan Ina, Kg.Sri Cheeding, Banting.

edible tempahan khas muka pengantin



2nd tiers cake ni untuk sambutan harijadi anak buah.


puas sungguh buat kek ina ni... walaupun aku belum pernah jumpa ina in person, puas sudah tengok muka pengantin ni. dari saiz sebesarnya hingga yang sekecilnya. hehe...


mak buyung bersama pengantin yang rupanya sedara dekat sediri. =)
Salam kasih sayang =)

Tempahan kek kawen 2 tingkat ni datangnya dari ina yang aku add kat fb, rupanya sedara tau tu pon sebab abang long dia kenal aku ni cucu cikgu sidek. hehe... tempahannya mengikut pattern kek kawen kakak aku cuma keknya ina mintak choc.moist dengan frosting buttercream (2nd tier) dan garnache (1st tier). edible ditempah khas dengan tambahan cupcake sebanyak 8 pcs lepas aku suggest kat dia sebab pada mulanya aku ingat nak tampal kat tepi kek tapi tak jadi sebab rasa macam kurang menarik la pulak. so aku terus call dia untuk cadangan tambahan order tu. memang la mula2 dia belah bagi nak tambah sebab kena tambah duit lagi tapi akhirnya dia amek jugak lepas bertimbang tara bukannya tambah banyak sangat pun untuk cupcake tu. lagipon, bila ada cupcake tu bertambah comel la kek kawen ina ni.... =)

tq ina..
selamat pengantin baru
semoga bahagia ke anak cucu cicit piut...

Monday, January 10, 2011

Roti Naik + Homemade Serikaya

Salam kasih sayang =)
Bila sebut roti naik teringat anak buah abah namanya K.Ne yg dok kat muar. dia memang terer bab buat roti naik. abah aku punya suke kalo dapat makan roti K.Ne ni. mungkin dari situ timbul minat aku nak terjun ke dunia bakery seawal form 4 dulu. masih teringat lagi abah belikan oven jenama europa untuk aku start berniaga kuih raya dan kek. Terima kasih abah! Terima kasih untuk mak jugak sebab disebabkan motivasinya dan usahanya untuk bawak aku ke kelas baking terbaik mula membuahkan hasilnya sekarang. so, kat sini aku nak sharing few resepi yang aku godek2 dlm internet td utk sumer org cuba. roti naik ni memang famous kat johor. Roti naik buatan K.Ne yang pernah aku makan masa aku kecik2 dulu teksturnya agak lembab dan kurang manis. apa2 pon selagi tak cuba resepi, susah aku nak comparekan kedua2nya. Alamak! teringat pulak masa aku masih sekolah rendah dulu, lepas maghrib je mesti dah dengo cikgu ramli bunyikkan hon "pen-pon"2 dia pusing taman bawak roti. rasanya biasa aje tapi yang istimewanya tu kite dapat tengok cikgu ramli sapu roti panjang tu ngan kaya panas2. ahh! rindunye saat2 itu.. =)

ROTI NAIK (1)
Bahan-bahan:
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong / tepung gandum
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
180 g gula perang (brown sugar) /  120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning

CARA MEMBUATNYA:
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.
  4. tips : kalau guna susu pekat manis roti lagi halus dan roti ni teknik dia tak sama dengan roti bun, jadi sesiapa nak cuba tu, tak payah guna langkah tumbuk doh untuk buang udara tu.
  5.  
 Homemade SERIKAYA 
Bahan-bahan :
6 butir telur
3 cawan santan kelapa
450g gula
3 sudu besar tepung gandum
Kaedah penyediaan :
1. Pukul telur dengan 150g gula hingga kembang.
2. Masukkan santan kelapa dan tepung. Kacau rata.
3. Jadikan gula hangus dengan 300g gula.
4. Tuangkan gula hangus ke dalam bancuhan telur dan masakkan di atas api yang sederhana sehingga masak selama lebih kurang setengah jam.


ROTI NAIK (2)
Bahan-bahan :

700g tepung tinggi protein
50g lelemak sayuran
200g air
200g susu cair / susu segar saja
100g gula kastor
1 sudu kecil garam
1 peket kecil yis kering
2 butir telur
sedikit majerin
Kaedah penyediaan :
1. Gaulkan semua bahan di atas. Uli hingga sebati bersama sedikit majerin.
2. Biarkan doh selama 30 minit untuk ia naik sekali ganda.
3. Uli sekali lagi dan bahagikan doh kepada ketulan kecil. Letakkan di dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit majerin.
4. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160 C selama 20 hingga 30 minit. Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan sapukan sedikit majerin di atasnya. Hidangkan bersama kari daging.

Sunday, January 9, 2011

Jadual kelas roti

Salam kasih sayang =)

Atas permintaan peminat roti dan pembaca testimoni, Yang Cantikmanis akan mengadakan kelas roti lembut dan gebu seperti berikut.
Tajuk : pelbagai bun manis dan pedas
Tarikh : (1) 15 jan 2011 (sabtu)
             (2) 22 jan 2011 (sabtu)
              (3) 29 jan 2011 (sabtu)
~ pilih 1 tarikh~
Waktu : 2 petang
Tempat : bengkel Yang Cantikmanis           
Alamat : lot 1607 jalan orkid, kg.sijangkang,
                      42500 telok panglima garang, selangor.
Yuran : rm200

Sekiranya berminat, sila call/text me 012-2611278 (julaiha) utk book nama dan bank in deposit 162115866265 maybank acc "julaiha tariman". tq. Happy baking! =)

Saturday, January 8, 2011

Baking Class 2 - Pelbagai jenis roti lembut dan gebu..

 as usual, scalling n rounding process take 1st part. masing2 masih "keras tangan" lagi nak mengetatkan doh. 1st time buat memang camni, kalo selalu buat roti, sure pejam mata leh buat. siap pakai dua2 belah tangan lagi nanti! proses mengetatkan doh ni antara yang terpenting untuk memastikan roti kite naik cantik nanti.

time ni doh roti semuanya dah dibentuk menjadi macam2 jenis. dorang ni sumer tengah mendeco buns dengan pelbagai jenis topping dan hiasan yang bersuaian dengan jenisnya. time ni jugaklah kalo nak letak sos ke mayonaise lebih boleh le letak. ikut suke.... =)

roti yang telah siap dibakar. kali ini tray memasing ada nama, karang dah buat cantik2 tertukar pulak ngan kawan sebelah.. hehe...
kiri atas : K.Sadariah Othman
kanan atas : Dilla Molkan
kiri bawah : C.Mala
kanan bawah : hasil keje sumer orang.

menggayakan hasil kerja tangan masing2.
kiri : K.Sadariah dan anaknya yg sambil buat sign "best", sblh tgn lagi pegang roti yg hampir habis dimakan.cian dia terselit tepi mak dia. hehe.
kanan : Dilla yang keberatan nak bergambo, akhirnya lepas dipaksa mengalah jugak. tengoklah punya serius dia pegang kotak yang berisi penuh dengan roti tu. hehe..

kiri : C.Mala ni camera shy, malu2 kucing nak pandang kamera. berapa kali snap amek gambo dia aje.. =)
kanan : cikgu pon buat roti sekali. dapat 2 tray lagi. bukan apa, orang dalam rumah dah "order". hik2.. pas abis kelas je, bawak tray gi dapur, kejap dah abis. adik2 sumer suka dapat makan roti panas2.

buah tangan untuk Fatin n Harith bawak balik. makan le korang berdua dalam keta tu, rasanya memang tak sempat bawak balik kot. haha! sedap lagi dapat makan yang panas2... rasanya sesape yang dah tau buat roti, dah tak pandang lagi roti sejuk, huhu...

Friday, January 7, 2011

Tempahan Yatie, Banting



Salam kasih sayang =)

Tempahan yatie ikut sebijik macam "tempahan nurul, ijok" cuma warnya tukar kepada pink,purple dan putih serta nama pengantinnya, yang lain semuanya sama. selain itu dia memesan 4 pcs cupcake tambahan untuk anak2nya. yatie dan suaminya datang pick up sendiri di bengkel pada pagi sabtu.

ok tq yatie... diharap puas hati dengan tempahan ini ye. =)

Tempahan Amat Kamal, Taman Desawira.

Hello Kitty pirate..... ngeh2 =)


Salam kasih sayang =)

Cupcake kali ke 3 tempahan Amat untuk b'day customer INGnya. kali ini dia mintak aku buatkan cupcake untuk girl, tema n color tak kesah yang penting kartun2. aku ni dah lama nak buat set Hello Kitty, since amat dah cakap camtu aku pon apa lagi la on ajelah tema pinky ni. ingat cam senang je nak deco, sekali buat herot bengot. hehe cam kelakar pon ada sampaikan husband aku tegur kartunnye cam tak berapa cantik. pastu dia pon nak tunjuk skill jugak, siap amek piping bag n deco sebelah aku. konon nak tunjuk yang dia punya lagi lawa, sekali lebih teruk dari yang aku buat, terus kitorang sama2 ketawa. pastu aku cakap kat dia, ingat kalo tak pakar senang ke nak lukis? aku yang selalu mendeco ni pon tak pass lagi deco kartun nih. baru tau kan susah n lecehnya nak mendeco ni? dah jangan kacau aku... tapi bila aku dah habiskan kesemua kartun Hello Kitty ni baru aku nampak seninya. ehh lawa jugaklah bentuk n colornya! pasal tu aku sendiri bagi nama kat cupcake ni Hello Kitty pirate.. hehe...

Thursday, January 6, 2011

Tempahan Ummi, Banting





Salam kasih sayang =)

Tempahan melalui call dibuat oleh ummi dari banting untuk b'day seseorang. ummi ni kawan kepada fara yang pernah order cookie bouquet tak lama dulu. dia request warna biskut yang terang dan tak kisah apa warna pilihanku. penghantaran dibuat terus ke rumah penerima kat sec. 17 shah alam. aku terlambat keluar rumah disebabkan mr.superman banyak keje nak catch up arini, dari pagi jadual dia non-stop, tapi aku dah booking dia seminggu awal lagi nak suh dia bawak aku gi shah alam untuk penghantaran ni. lepas solat jumaat tadi, aku n hubby terus bergerak ke shah alam. dek kerana dah terlambat keluar tadi, rasa cuak pulak bila jalan jemmed kat area johan setia ke jambatan kesas. biasalah, mr.superman memang bab cilok mencilok bg je kat dia, dgn mudah melepasi jalan jemmed. rupanya senang je nak gi umah Aizat (penerima cookie bouquet ni), masuk2 taman je dah jumpa lorong rumahnya. ayahnya sambil memegang cucu (aku rasa) yang menyambut kedatangan aku. hubby aku pulak leka menengok anggur merah yang tumbuh kat 1 sudut rumah. haii, teringat pulak kat pokok anggur yang kitorang cuba tanam kat umah tak menjadi. citer 2 thn lps, dah mati pon pokoknya tak sempat berbuah. hihi... lepas serahkan cookies, kitorang pun cabut balik.

tq so much ye ummi atas tempahannya ini...
semoga berpuas hati dengan hasilnya dan penghantaran yang dibuat. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...